Philips Akan Menggunakan Google TV Pada Televisyen Mereka Bermula Tahun 2023

Diterbitkan pada Feb 3, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Philips adalah antara jenama perkakasan elektrik yang dikenali ramai. Antara produk mereka adalah televisyen, seperti siri 8500 yang baru dilancarkan di Malaysia bulan lalu. Televisyen mereka juga adalah jenis pintar yang menjalankan Android TV, dengan model terkini menggunakan versi Android TV 10.

Melalui laporan daripada FlatPanelsHD, Philips menyatakan mereka akan mula menggunakan sistem Google TV yang sama ditemui pada Chromecast with Google TV, dongel Mecool KD3, atau Realme 4K Smart Google TV Stick.

Google TV sebenarnya masih lagi berasaskan Android TV, tetapi rekaan antaramukanya adalah lebih baik, cantik dan mudah digunakan. Ia juga adalah satu sistem yang banyak bergantung kepada kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin dengan kemampuan menilai corak penggunaan pengguna untuk memberikan cadangan kandungan yang lebih diperibadikan.

Google juga ada berjanji yang tahun 2022 sehingga 2023 adalah tahun di mana penggunaan Google TV akan menjadi lebih meluas.

komen


© Amanz / 2022 Kami