AirTag Tidak Berbunyi Untuk Aktiviti Menguntit Mula Dijual Di Pasaran Ketiga

Diterbitkan pada Feb 3, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sejurus selepas Apple mula menjual AirTag, wujud keresahan ia boleh digunakan bagi tujuan menguntit pergerakan wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Kemudian laporan ia digunakan untuk menjejak kereta mewah yang kemudiannya dicuri dikesan. Apple segera mengubah perisian AirTag untuk mengeluarkan bunyi penggera serta aplikasi untuk peranti Android.

Tetapi mereka yang mempunyai niat keji sentiasa menemui jalan untuk memintas sistem yang ada. Menurut ciapan yang dihantar oleh Eva Galperin, pengarah sekuriti siber di Electronic Frontier Foundation AirTas yang speaker telah diubah suai untuk tidak mengeluarkan bunyi sudah mula dijual di Etsy. Penjual mengatakan ia dihasilkan untuk digunakan pada haiwan peliharaan, dan basikal yang tidak memerlukan penggera. Pada haiwan misalnya penggera boleh mengejutkan mereka.

Walaupun terdapat sebab yang boleh diterima AirTag tanpa speaker ini dihasilkan, ia menimbulkan kerisauan boleh disalahgunakan oleh penguntit untuk menjejak mangsa mereka. Oleh itu penjualannya kini telah diharamkan di Etsy dan berapa gedung atas talian yang lain.

Sumber PC Gamer

komen


© Amanz / 2022 Kami