Oppo Reno7, Reno7 Pro dan Reno7 SE di China pada November tahun lalu. Hari ini Reno7 dan Reno 7 Pro akhirnya dilancarkan di peringkat global bermula di India terlebih dahulu. Terdapat beberapa perubahan dilakukan dan yang paling ketara sekali ialah perubahan cip pemproses pada Reno7.
Oppo Reno7 global hadir dengan skrin 6.43-inci AMOLED beresolusi FHD+ dan kadar segar semula 90Hz. Cip yang digunakan adalah Dimensity 900 yang menggantikan Snapdragon 778G pada versi China. Ini dipadankan dengan memori 8GB RAM, storan dalaman 256GB dan bateri 4500mAh dengan pengecasan pantas 65W.
Kamera utama pula adalah 64MP + 8MP + 2MP dan kamera swafoto pula sebesar 32MP. Ciri lain yang menarik ialah pengimbas cap jari bawah skrin, NFC, dan bluetooth 5.2. Sedikit mengecewakan ia masih menggunakan ColorOS 12 berasaskan Android 11.
Oppo Reno7 Pro pula dilengkapi skrin AMOLED bersaiz 6.55-inci beresolusi FHD+ (2400 × 1080 piksel) dengan kadar segar semula 90Hz. Ia juga dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 1200 Max bersama memori sehingga 12+7 GB RAM (LPDDR4x), storan dalaman 256GB dan bateri 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 65W.
Kamera utama pula menggabungkan sensor 50MP + 8MP + 2MP dengan kamera swafoto pula sebesar 32MP. Peranti turut mempunyai pengimbas cap jari bawah skrin dan menggunakan pelancara ColorOS12 berasaskan Android 11.
Di India Oppo Reno7 dijual pada harga ₹28,999 (~RM 1622) dan Oppo Reno7 Pro pula dijual pada harga ₹39,999 (~RM 2237).