Joby Aviation Dan SK Telecom Akan Menawarkan Perkhidmatan Teksi Terbang Di Korea Selatan

Diterbitkan pada Feb 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

China menjadi negara pertama menawarkan perkhidmatan teksi terbang tetapi hanya untuk pelancong menerusi EHang. Negara seterusnya yang akan mempunyai perkhidmatan teksi terbang ialah Korea Selatan selepas Joby Aviation menandatangani perjanjian dengan SK Telecom. Kedua-dua syarikat ingin menawarkan perkhidmatan teksi terbang elektrik ke seluruh Korea Selatan.

Teksi terbang Joby Aviation dilengkapi enam motor elektrik dengan kipas yang boleh disendengkan untuk penerbangan mendatar dan berpusing ke atas untuk terbang menegak seperti helikopter. Setiap pesawat boleh membawa lima penumpang pada kelajuan maksimum 321 km/j dan jarak operasi 241 kilometer.

Pelanggan di Korea Selatan kelak boleh menggunakan aplikasi UT oleh SK Telecom untuk menyeru bukan sahaja kereta tetapi juga teksi terbang. Kepakaran pemetaan dan telekomunikasi SK Telecom dilihat dapat membantu operasi Joby Aviation di Korea Selatan.

komen


© Amanz / 2022 Kami