Samsung Akan Guna Bahan Daripada Jala Yang Dikitar Semula Untuk Galaxy S22

Diterbitkan pada Feb 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sejak ke belakangan ini, pengeluar peranti dilihat mula lebih fokus ke arah penjagaan alam sekitar. Banyak inisiatif yang telah dilakukan, antaranya Apple dengan tidak menyertakan pengecas, Xiaomi yang mengurangkan penggunaan plastik dalam pembungkusan produk, dan banyak lagi.

Terkini Samsung dilihat pada tahun ini turut akan lebih fokus menjaga persekitaran. Langkah yang akan mereka lakukan adalah dengan mengitar semula plastik-plastik terbuang di lautan. Antara bahan utamanya adalah jala yang tidak lagi digunakan. Peranti pertama hadir dengan bahan binaan kitar semula ini adalah peranti-peranti yang bakal dilancarkan ketika acara Samsung Unpacked 2022 pada 9 Februari kelak.

Masih tidak pasti peranti mana akan menggunakan bahan ini. Tetapi hasrat Samsung bermula tahun ini dan seterusnya, produk mereka akan menggunakan bahan binaan daripada plastik yang terbuang di lautan. Secara tidak langsung semua peranti Galaxy kelak adalah mesra alam.

Menurut Samsung, setiap tahun sebanyak 640,000 tan jala dibuang dan dengan misi mereka ini harapnya ia boleh dikurangkan. Sama-sama kita nantikan dan lihat dengan lebih lanjut misi Samsung untuk Galaxy for Planet menjadi realiti.

komen


© Amanz / 2022 Kami