Rantau Asia Tenggara akan menjadi hab hangat pembangunan kenderaan dan komponen kenderaan elektrik kerana dilihat sebagai alternatif menarik berbanding China. Sebelum ini Foxconn mengumumkan kerjasama dengan kerajaan Indonesia bagi membina kilang bateri untuk kenderaan elektrik. Mereka kini mengumumkan pula pelan mengeluarkan kenderaan elektrik di Thailand seawal 2024.
Kilang kenderaan elektrik Foxconn dengan kerjasama Lembaga Petroleum Thailand (PTT) akan mula mengeluarkan kenderaan pada suku pertama 2024. Pada peringkat awal 50,000 kenderaan akan dikeluarkan setahun sebelum dipertingkatkan ke kapasiti penuh 150,000 kenderaan setahun menjelang 2030.
Foxconn mempunyai aspirasi menjadi pengeluar kereta elektrik pula di masa hadapan. Pada Oktober tahun lalu, tiga prototaip kenderaan elektrik dalam bentuk kereta salun, SUV dan bas diperlihatkan ketika acara Hon Hai Technology Day.
Sumber Focus Taiwan