Permainan web meneka perkataan Bahasa Inggeris secara harian Wordle amat popular dan dimainkan oleh berjuta orang. Populariti permainan ini amat hebat sehingga pelbagai versi klon, versi bahasa lain, versi matematik turut ditawarkan. Permainan web ini turut akan diambil alih oleh New York Times.
Baru-baru ini seorang pembangun dan juga penyelidik sekuriti daripada Stackmashing telah hadir dengan Wordle khusus untuk dimainkan pada Game Boy. Akan tetapi, kesemua 8000 perkataan dalam permainan ini tidak dapat dimuatkan dalam konsol mudah alih klasik ini kerana saiz ROM yang terhad.

Pembangun ini turut menerbit ROM beliau di Github untuk semua muat turun secara percuma dan masukkan ke dalam kartrij kosong untuk dimainkan dalam Game Boy.
Menurut pembangun ini, beliau hadir dengan versi Game Boy selepas menemui versi yang berjaya dimainkan pada beberapa peranti klasik PDA Palm. Jika anda berminat, boleh cuba muat turun ROM ini sendiri atau juga cuba pada versi web di sini.