Malaysia Terima Siri Galaxy S22 Versi Snapdragon, Bukan Exynos

Diterbitkan pada Feb 9, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung Malaysia kini dilihat akan membawa masuk siri Galaxy S22 dengan cip Snapdragon untuk pasaran Malaysia, dan bukannya berasaskan Exynos seperti sebelum-sebelum ini.

Dengan ini, pengguna tempatan yang membeli Galaxy S22, Galaxy S22+ dan juga Galaxy S22 Ultra akan dapat menikmati penggunaan cip Snapdragon bersama peranti mereka.

Langkah Samsung ini dilihat selari dengan permintaan pengguna yang inginkan peranti mercu Samsung berasaskan Snapdragon untuk pasaran tempatan.

Dengan langkah ini, mungkin kita perlu nantikan sedikit lama sebelum dapat mencuba sendiri cip Exynos dengan GPU AMD.

Di Malaysia, siri Galaxy S22 dijual pada harga bermula RM3499, sementara pengganti Galaxy Note, iaitu Galaxy S22 Ultra ditawarkan pada harga bermula RM5099.

komen


© Amanz / 2022 Kami