Cari @ Amanz

Samsung pada minggu ini sedia menjanjikan bakal menawarkan empat tahun kemaskini sistem operasi Android, selain empat tahun kemaskini untuk jam tangan pintar. Selari dengannya juga, kini Samsung berkongsi berkenaan perancangan untuk tablet.

Daripada perkongsian Samsung bersama 9to5Google, pengeluar peranti terkemuka dari Korea Selatan berkenaan mengatakan mereka komited dalam membawa Android 12L ke tablet mereka pada masa akan datang.

Galaxy Tab S8

Apa pun, buat masa ini, tarikh pengenalan Android 12L masih tidak diketahui lagi. Pada masa yang sama juga, tablet yang akan menerimanya juga tidak dikongsikan. Android 12L merupakan sistem operasi Android yang dioptimasikan untuk skrin besar seperti tablet, dan kini pada peringkat pembangunan.

Mungkinkah kita melihat Android 12L diperkenalkan pada tablet terbaru Samsung, Galaxy Tab S8?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd