Carian
OnePlus Nord CE 2 5G Akan Dilengkapi Cip MediaTek Dimensity 900
February 12, 2022 Amy Maizuraa

OnePlus kini dalam persediaan untuk pengenalan model baharu buat siri Nord. Dikenali sebagai OnePlus Nord 2 CE 2 5G, ia bakal diumumkan pada 17 Februari 2022 dan turut dijangka masih mengekalkan tradisi siri berkenaan yang terkenal dengan penawaran cukup mampu milik.

Menjelang pelancaran rasmi, perincian utama pada peranti mula dikongsi sedikit demi sedikit. Di mana, pada awalnya ia telah disahkan hadir dengan sistem pengecasan pantas dengan kuasa output mencapai 65W. Kemudian, kini OnePlus berkongsi lanjut mengenai cip pemprosesannya pula yang mana peranti berkenaan akan dilengkapi cip MediaTek Dimensity 900.

Pendedahan ini dikongsi menerusi ciapan terkini OnePlus di Twitter, sekaligus mengiyakan desas-desus yang tersebar luas sebelum ini. Dalam pada itu, ini juga adalah cip yang sama boleh kita temui pada beberapa model seperti Infinix Zero 5G, Honor 50 SE, Honor X30 Max 5G dan sebagainya.

Bercakap sedikit mengenainya, Dimensity 900 5G merupakan cip kelas pertengahan pertama daripada MediaTek yang menggunakan teknologi 6nm. Ia dilengkapi dua teras CPU ARM Cortex-A78 pada kelajuan 2.4GHz dan enam teras CPU ARM Cortex-155 pada kelajuan 2.0 GHz. Ia juga dipadankan dengan GPU ARM Mali-G68 MC4.

Sumber : OnePlus India

Komen