Meta Disaman Ratusan Bilion Oleh Texas Kerana Penggunaan Sistem Pengecaman Wajah

Diterbitkan pada Feb 15, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Peguam besar Texas semalam telah memfailkan saman ke atas Meta kerana didakwa mengumpul data biometri wajah jutaan penduduk negeri tersebut tanpa kebenaran. Menurut undang-undang Texas, setiap kesalahan pengumpulan data biometri boleh dikenakan penalti sivil $25,000 dan $10,000 dikenakan pula kerana kesalahan melakukan penipuan dalam perniagaan. Oleh itu Meta berhadapan denda yang boleh mencecah ratusan bilion sekiranya didapati bersalah.

Mahkamah

Tahun lalu Meta secara mengejut mengumumkan mereka menghentikan ciri pengecaman wajah pada platform Facebook milik dengan 1 bilion data terkumpul akan dipadam. Pada awal tahun lalu juga Facebook telah membayar denda $650 juta kepada Illinois kerana kesalahan pengumpulan data biometri.

Kes saman ini pastinya mendatangkan impak kepada Meta walaupun selepas menukar nama dari Facebook. Isu jumlah pengguna yang berkurangan buat pertama kali serta kerugian perniagaan metemesta mereka menyebabkan nilai pasaran syarikat menjunam RM1 trilion beberapa minggu yang lalu.

komen


© Amanz / 2022 Kami