Carian
Pengiklan Kelak Tidak Boleh Menjejak Data Spesifik Pengguna Melalui Privacy Sandbox Untuk Android
February 17, 2022 Fahim Zahar

Sejak Januari tahun lalu, Apple telah memperkenalkan ciri menghalang penjejakan iklan. iOS akan meminta kebenaran pengguna terlebih dahulu untuk memaparkan iklan. Ciri ini telah menyebabkan Meta kerugian sebanyak RM42 bilion.

Terkini Google telah mengumumkan mengenai Privacy Sandbox untuk Android selepas mengacah mengenainya sejak Februari tahun lalu.

Dengan ciri ini, Android akan menggunakan Topics API untuk memberi pengiklan lima topik yang Google sangkakan adalah minat pengguna berdasarkan corak penggunaan masing-masing. Secara tidak langsung pengiklan tidak boleh mendapatkan data spesifik pengguna dan data yang diterima adalah terhad.

Google turut menyatakan langkah yang Apple lakukan adalah tidak patut, kerana mengehadkan penggunaan teknologi terkini dalam pengedaran iklan.

Buat masa ini, ia masih di fasa eksperimen – di mana Google ingin pembangun cuba terlebih dahulu sebelum mengimplementasikan ciri ini secara lebih meluas kepada semua pengguna Android.

Komen