Cari @ Amanz

Siri Oppo Find X5 bakal dilancarkan secara rasmi pada 24 Februari 2022 dalam sebuah acara pelancaran yang dijadualkan berlangsung di China. Informasi mengenainya juga telah didedahkan menerusi beberapa laporan lepas, malahan rekaan rasminya turut diperlihatkan dengan lebih menyeluruh.

Mengulas lebih lanjut mengenainya, informasi mengenai cip pemprosesan kini telah didedahkan oleh pihak Oppo. Ia menunjukkan peranti hadir dalam dua model berbeza. Di mana, Oppo Find X5 akan dibekalkan dengan cip Snapdragon 8 Gen1. Sebagai tambahan, Oppo Find X5 turut sama dilengkapi cip MariSilicon X sekaligus mampu menjadikannya sebuah peranti berspesifikasi mercu yang memiliki sistem pengimejan cukup berkuasa kelak.

Sementara itu, Oppo Find X5 Pro pula menggunakan cip MediaTek Dimensity 9000. Ia merupakan cip dengan binaan 4nm bersama rekaan Arm v9. Di samping itu, ia juga menyertakan teras utama Cortex-X2 dengan kelajuan pemprosesan 3.05Ghz, 3 teras Cortex A710 dengan kelajuan 2.85Ghz, dan 4 teras Cortex A510 dengan kelajuan 1.8Ghz. Di samping, penggunaan GPU 10-teras Arm Mali-G710.

Dengan ini, Oppo telah menjanjikan pengalaman penggunaan cukup baik menerusi naik-taraf yang dilakukan dalam kesemua aspek menerusi kedua-dua peranti ini. Untuk penawaran lebih lanjut, sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi kelak. Sama-sama kita nantikan.

Sumber : Weibo

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd