Cip Snapdragon Tahun 2023 Akan Akhirnya Menyokong AV1

Diterbitkan pada Feb 21, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

AV1 ialah codec yang dibangunkan khusus untuk menawarkan penstriman pada kualiti tinggi dengan tanpa menggunakan data yang tinggi. Dengan penstriman menjadi semakin penting, penjimatan adalah perlu khususnya pada telefon pintar. Tetapi tidak semua cip yang digunakan pada telefon pintar menyokong AV1 dan mengejutkan cip Qualcomm antara yang ketinggalan.

Menurut laporan The Protocol, Qualcomm akan mula memberikan sokongan AV1 bermula dengan cip mercu mereka yang seterusnya iaitu SM8550. Cip yang bakal menggantikan Snapdragon 8 Gen 1 ini akan menyokong AV1. Pada waktu ini YouTube dan Netflix adalah antara platform yang sudah menyokong AV1. Qualcomm lewat memberikan sokongan kerana cip mereka dirancang beberapa tahun ke hadapan. Bagi pengguna peranti Samsung, AV1 telahpun disokong pada Exynos 2100 tahun lalu.

komen


© Amanz / 2022 Kami