Cari @ Amanz

Nokia kini mengatakan mereka bersedia dalam membantu kerajaan untuk mempercepatkan implementasi rangkaian 5G di Malaysia. Seperti ramai sedia maklum, Nokia menyediakan penyelesaian infrastruktur dan rangkaian mudah-alih – termasuk untuk 5G.

Nokia mengatakan mereka mempunyaai penawaran meliputi stesyen untuk RAN (radio access network), selain penawaran infrastruktur rangkaian. Nokia turut menekankan mereka mempunyai teknologi dalam membantu Malaysia menjadi lebih kompetitif untuk menarik pelaburan.

Nokia juga turut bersedia menyokong keputusan kerajaan, sama ada memilih Rangkaian Borong Tunggal (SWN) atau sebaliknya untuk pelaksanaan 5G.

Kerajaan buat masa ini telah memilih Ericsson untuk pembangunan infrastruktur bersama DNB. Namun, syarikat telekomunikasi kini turut telah menulis surat untuk meminta operasi dua dua rangkaian borong, dan bukan satu sahaja.

Kerajaan dijangka akan melakukan keputusan berkenaan dengannya menjelang bulan Mac 2022 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd