Tahun 2022 adalah penting bagi Misi Artemis yang akan membawa angkasawati pertama ke permukaan bulan. Pada asalnya NASA ingin melancarkan kapal angkasa Orion menggunakan roket SLS pada bulan April tetapi ia telah ditangguh ke bulan Mei.

Penangguhan misi Artemis 1 berlaku kerana ujian meletakkan roket dan Orion di tapak pelancaran masih belum selesai dilakukan. Data dari ujian statik selama sebelum perlu bagi melihat kestabilan struktur roket di tapak pelancar. Sekiranya berlaku lagi kelewatan, pelancaran hanya boleh dilakukan pada bulan Jun. Orientasi bumi dan bulat yang betul diperlukan untuk kejayaan misi.

Artemis 1 akan menghantar kapsul Orion kosong mengelilingi bulan sebelum kembali ke bumi dalam masa 26 hari. Artemis 2 pula akan menghantar kapsul Orion dengan angkasawan pula mengelilingi bumi pada tahun 2024 sebelum Artemis 3 mendarat ke bulan pada tahun 2025.
Misi Artemis menempuh pelbagai kontroversi seperti pemilihan modul pendaratan bulan oleh SpaceX yang dibantah oleh pemilik Blue Origin Jeff Bezos. Kesemua ini menyumbang kepada kelewatan yang berlalu sekarang.