Canon EOS R5 C Akan Tiba Di Malaysia Bulan Mac Ini

Diterbitkan pada Feb 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kamera Canon EOS R5 C telah dilancarkan Januari lalu sebagai kamera video digital berprestasi tinggi Ia menggabungkan kemampuan fotografi Canon R5 dengan teknologi video EOS bagi memberikan kebebasan kepada pembikin filem untuk memenuhi visi di dalam kepala mereka. Canon Malaysia telah mengesahkan kamera berprestasi tinggi ini ditawarkan di pasaran Malaysia bermula Mac ini.

Kamera dilengkapi sensor 45-MP CMOS bingkai penuh yang dipadankan pula dengan cip pemproses imej DIGIC X. Ini membolehkan ia merakam gambar pada kadar 12FPS menggunakan pengatup mekanikal atau 20FPS dengan pengatup elektronik yang senyap.

Tetapi EOS R5 C sebenarnya lebih memberikan tumpuan kepada kemampuan video. Ia boleh merakam video pada tetapan 8K 60FPS dalam format Cinema RAW Light. Rakaman 8K 30FPS dapat dilakukan dalam format ProRes RAW. Jika resolusi direndahkan kamera dapat merakam video pada tetapan 4K 120FPS. Dengan sistem penyejukan aktif terbina, rakaman 8K 60FPS boleh dilakukan tanpa had sehingga kehabisan storan.

Sensor mempunyai 1000 titik pemfokusan untuk rakaman gambar dan 800 titik pemfokusan untuk video. Sebuah skrin LCD 3.2″ diletakkan di bahagian belakang dan sebuah viewfinder OLED 5.76 juta titip turut disertakan. Bagi memudahkan operasi, terdapat butang khas untuk memilih mod fotografi atau video serta butang merah besar untuk memulakan penggambaran. C

Harga juala Canon EOS R5 C untuk pasaran Malaysia belum lagi diumumkan tetapi ditawarkan pada harga  $4,499 (~RM 18,839) tanpa lensa di Amerika Syarikat.

komen


© Amanz / 2022 Kami