Cip MediaTek Dimensity 1300 5G Turut Diumumkan Dengan Teknologi 6nm

Diterbitkan pada Mac 2, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selain cip Mediatek Dimensity 8000 dan 8100, cip MediaTek Dimensity 1300 5G turut diumumkan. Ia merupakan penambahbaikan kepada Dimensity 1200 maka ia masih lagi menggunakan teknologi 6nm. Dimensity 1300 5G dilengkapi 1 teras Cortex-A78 3GHz, 3 teras Cortex-A78 2.6GHz dan 4 teras Cortex-A55 2 GHz. GPU yang digunakan pula ialah Mali-G77 GPU  sembilan teras. Ini meletakkannya setanding dengan Snapdragon 780G.

Sistem kamera sehingga 200MP atau 32+16 serentak disokong dengan sokongan rakaman video 4K HDR. Sementara itu skrin yang disokong pula adalah sehingga 2520×1080 pixel dengan kadar segar semula 168Hz. Pelbagai codec media disokong termasuk AV1 yang dipopularkan oleh Google. Ini memberikan kelebihan kepada MediaTek kerana codec ini masih tidak disokong oleh Qualcomm.

MediaTek Dimensity 1300 5G menyokong rangkaian 5G dengan kelajuan muat turun mencecah 4.7Gbps. MediaTek mula memberikan cip kepada pengeluar bermula suku hadapan.

komen


© Amanz / 2022 Kami