Realme 9 Pro+ Dan 9 Pro Kini Di Malaysia – Harga Jualan Bermula RM949

Diterbitkan pada Mac 2, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seperti yang dijanjikan, siri Realme 9 akhirnya diumumkan secara rasminya untuk pasaran Malaysia. Terdapat dua model berbeza yang ditawarkan iaitu Realme 9 Pro+ dan Realme 9 Pro. Inilah untuk kali pertamanya Realme memperkenalkan variasi ‘pro plus’ untuk rangkaian peranti pintar mereka.

Bagi yang berminat, Realme 9 Pro dijual pada harga bermula RM1099 (6GB/128GB) dan RM1,199 (8GB/128GB), sementara itu Realme 9 Pro+ pula berharga RM1,399 (8GB/128GB) dan RM1,599 (8GB/256GB). Jualan pertama untuk kedua-dua peranti akan bermula pada 8 Mac 2022, sementara itu Realme 9 Pro (6GB/128GB) pula pada 15 Mac 2022 dan Realme 9 Pro+ (8GB/128GB) bermula 31 Mac 2022. Menariknya di sini, sejumlah daripadanya boleh dibeli pada harga promosi menarik. Di mana, Realme 9 Pro boleh didapati pada harga RM949 (6GB/128GB) dan RM1,099 (8GB/128GB), manakala Realme 9 Pro+ pula ditawarkan pada RM1,399 (8GB/256GB). Ia bagaimanapun promosi masa terhad untuk sehari dan tawaran adalah eksklusif menerusi Lazada.

Realme 9 Pro+ hadir dengan skrin 6.4-inci Super AMOLED dengan kadar segar semula 90Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 920, memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Di samping itu, bateri 4,500mAh yang menyokong pengecasan 60W SuperDart Charge turut sama disertakan. Bukan itu sahaja, ia juga menyokong pembesar suara audio stereo untuk pengalaman audio lebih imersif.

Kamera utama pula terdiri dengan 50MP (utama) + 8MP (Ultra-lebar) + 2MP (makro). Kamera turut sama menyokong beberapa ciri tambahan seperti OIS + EIS dan AI Noise Reduction Engine 3.0 untuk pengalaman penggambaran lebih baik. Lain-lain spesifikasi termasuklah kamera hadapan 16MP, pengimbas cap jari pada skrin yang turut digunakan untuk pengimbas nadi, bicu audio 3.5mm, menjalankan Realme UI 3.0 berasaskan Android 12 dan sebagainya.

Realme 9 Pro pula dilengkapi skrin AMOLED sebesar 6.6-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Ia juga dilengkapi cip Snapdagon 695, di samping memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Bateri pula sebesar 5,000mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 33W. Kamera utama terdiri dengan 64MP (utama) + 8MP (Ultra-lebar) + 2MP (makro). Sementara itu, kamera hadapan pula sebesar 16MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah pengimbas cap jari pada sisi, bicu audio 3.5mm, menjalankan Realme UI 3.0 dan sebagainya.

komen


© Amanz / 2022 Kami