Carian
Samsung Berkata Tiada Data Pengguna Dicuri Dalam Serangan Penggodam
March 7, 2022 Effi Saharudin

Hujung minggu lalu Samsung telah menjadi mangsa serangan kumpulan penggodam Lapsus$ yang kemudiannya meniriskan data sebesar 190GB dalam bentuk kod sumber peranti Galaxy. Samsung mengesahkan kejadian ini telah berlalu tetapi menegaskan tiada data pengguna berjaya dicuri dalam serangan tersebut.

Samsung Logo

Samsung juga berkata pada waktu ini mereka tidak menjangkakan sebarang kesan kepada perniagaan atau pelanggan. Langkah-langkah untuk mencegah kejadian berulang telahpun diambil dan mereka akan terus memberi perkhidmatan kepada pelanggan tanpa gangguan.

Lapsus$ sebelum ini turut telah berjaya menggodam NVIDIA dan memeras syarikat untuk membuang halangan kripto yang digunakan pada GPU keluaran mereka bagi mengelakkan ia digunakan oleh pelombong.

Komen