Mac Mini Baharu Dengan Cip M2 dan M2 Pro Sedang Dibangunkan

Diterbitkan pada Mac 10, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Mac Studio baru sahaja dilancarkan dengan cip Apple M1 Ultra yang mempunyai prestasi yang cukup melampau. Apple mendakwa M1 Ultra yang menggabungkan dua cip M1 Max mampu mengalahkan prestasi Mac Pro mereka yang masih menggunakan cip Intel. Tetapi Mac Studio mungkin terlalu berkuasa dan mahal bagi kebanyakan pengguna. Oleh itu hari ini mula kedengaran ura-ura mengenai Mac Mini baharu.

Menurut laporan 9to5 Mac, Mac Mini baharu dengan cip Apple M2 dan M2 Pro berasaskan cip A15 Bionic. Apple M2 akan dilengkapi lapan teras – 4 teras kuasa tinggi dan 4 teras cekap kuasa serta GPU 10 teras. Sementara itu cip Apple M2 Pro pula dilengkapi 12 teras – 8 teras kuasa tinggi dan empat teras cekap kuasa. Tiada maklumat mengenai GPU M2 Pro.

Komputer Mac Mini baharu ini dijangka akan dilancarkan pada separuh tahun kedua 2022 kelak dan akan menggantikan Mac Mini M1 yang baru sahaja dilancarkan tahun lalu.

Sumber : 9to5Mac

komen


© Amanz / 2022 Kami