Carian
WhatsApp Menguji Ciri Mesej Hanya Boleh Dimajukan Ke Satu WhatsApp Group Sahaja
March 10, 2022 Fahim Zahar

Tidka dinafikan yang WhatsApp adalah antara platform paling dahsyat maklumat palsu disebarkan. Dengan kebolehan memajukan mesej terus ke ramai orang atau dalam WhatsApp Group, ciri memajukan mesej ini kerap disalahgunakan. Sehinggalah WhatsApp mula mengehadkan beberapa kali mesej boleh dimajukan dan turut menguji ciri menyemak fakta.

Baru-baru ini, WhatsApp dilihat mula menguji untuk mengehadkan lagi ciri memajukan mesej ini. Akan datang, pengguna hanya boleh memajukan mesej yang telah dimajukan kepada satu WhatsApp group sahaja. Berbeza dengan sebelum ini, yang mana label mesej dimajukan hanya terpapar selepas lebih empat kali sesuatu mesej itu dikongsi.

Jika pengguna ingin memajukan mesej ke lebih banyak group, mesej tadi perku dipilih dan hantar sekali lagi ke Group lain pula. Secara tidak langsung, pengguna tidak boleh memilih Group secara pukal. Ciri ini dilihat hadir dalam WhatsApp Beta versi 2.22.7.2 untuk Android. Turut tidak pasti sama ada apakah tujuan sebenar ciri ini diperkenalkan, mungkin untuk mengelakkan lebih banyak mesej palsu disebarkan.

Apa kata anda mengenai ciri ini, adakah ia bagus atau menyusahkan?

Komen