Samsung Dilaporkan Berjaya Meningkatkan Hasil Faundri Cip Yang Rendah

Diterbitkan pada Mac 20, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Terdapat laporan hasil dari faundri cip Samsung adalah rendah menyebabkan masalah kepada pengeluaran Snapdragon 8 Gen 1 dan Exynos 2100. Ini adalah berita baik kepada TSMC yang mempunyai faundri yang mempunyai hasil lebih tinggi untuk mendapatkan kontrak pengeluaran cip.

Exynos 2100

Kini menurut CEO Samsung Devices Solutions Kyehyun Kyung, syarikat telah berjaya meningkatkan hasil untuk pengeluaran cip mereka. Sebelum ini hasil untuk cip Snapdragon 8 Gen 1 dilaporkan hanya sekitar 35% yang menjadikannya sukar dah mahal. Terdapat laporan Qualcomm akan bertukar kepada faundri TSMC untuk cip Snapdragon 8 Gen 1+ kelak sekiranya hasil masih lagi rendah.

TSMC menjadi pilihan pengeluar cip dengan teknologi lebih terkini 3nm. Apple sudahpun menandatangani kontrak untuk cip mereka dengan TSMC dan jika syarikat lain ingin menggunakan perkhidmatan mereka pasti berlaku perebutan. Ini adalah sebab mengapa TSMC sudahpun mempunyai perancangan membuka lebih banyak kilang dalam masa terdekat.

komen


© Amanz / 2022 Kami