Huawei Mate 40 Dijenamakan Semula Kepada TD Tech M40 Dan Dijana MediaTek Dimensity 1000+

Diterbitkan pada Mac 21, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Huawei Mate 40 adalah peranti mercu Huawei yang dilancarkan dua tahun lalu. Tidak dinafikan yang peranti ini cukup hebat, namun atas ketiadaan GMS ia tidak lagi sehebat seperti terdahulu. Walaupun begitu, Huawei tidak mengalah lagi dengan terus berusaha membangunkan sistem Harmony OS mereka dan mempunyai ekosistem tersendiri seakan Apple.

Untuk Mate 40, Huawei dilihat masih tidak mengalah dengan peranti ini dan dilihat masih ingin terus menjual peranti ini. Akan tetapi atas masalah bekalan cip pemprosesan, variasi Huawei Mate 40 yang sebelum ini dijana dengan Kirin 9000 akan digantikan dengan cip MediaTek 1000+. Cip ini dilihat mempunyai prestasi lebih rendah daripada Kirin.

Bukan itu sahaja, daripada kamera 50MP – iterasi baharu Mate 40 ini turut akan menggunakan sensor utama 64MP. Paling mengejutkan, peranti ini dilihat akan dijenamakan semula kepada TD Tech dengan nombor model TD Tech M40 dan di panel belakang peranti tiada lagi logo Huawei. Butiran perisian tidak pasti, tapi kami rasakan akan kekal dengan Harmony OS.

 TD Tech M40 akan dijual pada harga 4,599 Yuan (~RM3042) untuk model 8/128 GB, manakala model 8/256 GB akan dijual pada harga 5,099 Yuan (~RM3373). Harga jualan dilihat sama seperti Mate 40E yang dilancarkan pada tahun 2021. Tidak pasti kenapa Huawei melakukan perkara ini, mungkin kerana lambakan stok yang tidak terjual atau hanya ingin habiskan bekalan sedia ada.?

Perlu diingatkan yang ini adalah peranti Huawei sebenar yang dijenamakan semula, disebabkan itu harganya masih lagi premium. Ia bukannya peranti klon yang dijual pada harga sekitar RM500.

Sumber: Gizmochina

komen


© Amanz / 2022 Kami