Microsoft Mengesahkan Sebahagian Kod Sumber Tertiris Tetapi Data Pengguna Masih Selamat
March 23, 2022
Microsoft
Sekuriti
Effi Saharudin
Semalam kumpulan penggodam Lapsus$ mengatakan mereka berjaya mengakses data Microsoft dengan kod sumber beberapa produk telah dicuri. Pagi tadi Microsoft mengesahkan mereka menjadi mangsa serangan Lapsus$ tetapi hanya sebahagian kod sumber produk telah dicuri.
Mereka menegaskan juga data serta maklumat peribadi pelanggan masih lagi selamat. Antara kod sumber yang dicuri adalah untuk Cortana dan Bing. Akses kepada data Microsoft dilakukan selepas satu akaun berjaya diakses oleh Lapsus$ dengan saiz sekitar 37GB. Ubisoft, Okta dan Samsung turut menjadi mangsa serangan Lapsus$ sejak seminggu yang lalu.
[sumber] Sumber – Microsoft [/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.