Samsung Galaxy M53 5G Akan Dilancarkan Pada 27 Mac

Diterbitkan pada Mac 23, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dengan Samsung Galaxy M33 5G telah dilancarkan di Malaysia, pasti ada yang menantikan Samsung Galaxy M53 5G juga dengan spesifikasi yang pastinya lebih tinggi. Peranti ini disahkan akan dilancarkan di Vietnam pada 27 Mac 2022.

Berdasarkan imej acah yang dikongsi secara rasmi, Galaxy M53 5G mempunyai rekaan yang sama seperti M33 5G. Sistem kuad kamera diletakkan pada bahagian belakang dalam bonggol berbentuk empat segi. Sebelum ini kami laporkan peranti akan dilengkapi skrin 6.7″ TFT 120Hz, dijana cip MediaTek Dimensity 900, bateri 6000 mAh, dan menggunakan Android 12. Spesifikasi lengkap akan diketahui dalam masa beberapa hari sahaja lagi.

komen


© Amanz / 2022 Kami