Cari @ Amanz

Kumpulan penggodam Lapsus$ berjaya mengakses data sensitif syarikat terkemuka seperti Microsoft, Samsung, Ubisoft, NVIDIA dan Okta. Antara yang berjaya dicuri ialah kod sumber produk Bing Map. Menurut laporan Bloomberg, sekumpulan penyelidik kini percaya Lapsus$ terdiri daripada tujuh orang ahli dengan ia diketuai oleh seorang remaja di England berusia 16 tahun.

Serangan dilakukan dengan mendapatkan akses akaun dari kakitangan yang tidak berpuas hati dengan organisasi syarikat. Seorang lagi ahli Lapsus$ pula dipercayai juga seorang remaja yang tinggal di Brazil.

Kumpulan Lapsus$ mempunyai kepakaran menggodam yang baik, tetapi identiti ahli dapat dikesan kerana mereka tidak menjalankan sekuriti operasi yang baik. Walaupun identiti ahli Lapsus$ telah dikenalpasti, tiada sebarang dakwaan dan tangkapan dilakukan pada waktu ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd