Spotify Menguji Antaramuka Car Mode Baharu

Diterbitkan pada Mac 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tahun lalu Spotify menghentikan penawaran antaramuka Car View pada aplikasi telefon pintar mereka. Spotify mengatakan ia akan kembali di masa hadapan dengan rekaan yang lebih baik. Kemudian mereka melancarkan Spotify Car Thing dengan antaramuka mesra kenderaan. Kini menurut laporan 9to5Google, Spotify menguji pula antaramuka Car Mode.

Car Mode memaparkan ikon yang lebih besar dengan akses pantas kepada senarai main yang kerap dimainkan pengguna. Pada talam bawah terdapat pintas untuk home, kawalan suara, dan senarai main. Apabila lagu dimainkan, ikon pada skrin lebih besar dan jelas dipaparkan bagi memudahkan kawalan tanpa mengganggu pemandu. Terdapat juga satu butang khas untuk mematikan Car Mode sekiranya tidak diperlukan.

Antaramuka Car Mode baharu ini hanya diberikan kepada sebahagian kecil pengguna Android sahaja pada waktu ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami