Samsung Galaxy Z Fold4 Dan Z Flip4 Mungkin Dijana Snapdragon 8 Gen 1+ Yang Dihasilkan Oleh TSMC

Diterbitkan pada Mac 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung nampaknya amat serius dalam industri telefon dengan skrin boleh-lipat. Selepas kejayaan Z Fold dan Z Flip, mereka dikatakan akan hadir dengan satu lagi peranti skrin boleh-lipat berbeza dengan yang sedia ada yang menggunakan kod nama N4.

N4 mungkin adalah tablet yang skrinnya boleh dilipat, atau mungkin juga peranti dengan skrin tri-lipat. Kod nama B4 dan Q4 adalah untuk Galaxy Z Flip4 dan Z Fold4, Ice Universe mendedahkan yang kedua-dua peranti ini akan dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen 1+ dengan binaan 4nm yang dihasilkan oleh TSMC dan bukannya Samsung.

Cip ini dikatakan akan mempunyai peningkatan prestasi. Masih tiada butiran jelas mengenai cip ini serta spesifikasi lain untuk ketiga-tiga peranti ini. Tetapi Samsung dijangka akan melancarkan kesemuanya pada Ogos 2022 dan mungkin sekali dengan Galaxy Watch5.

Sumber: Ice Universe

komen


© Amanz / 2022 Kami