Cari @ Amanz

OnePlus adalah pengeluar peranti yang satu ketika dahulu diminati oleh ramai para penggemar teknologi. Tetapi sejak kebelakangan ini, lebih-lebih lagi sejak Carl Pei keluar dan OnePlus diserap masuk di bawah Oppo – jenama ini sudah hilang kehebatannya seperti yang dikenali sebelum ini.

Walaupun begitu, OnePlus masih tidak mengalah dan tetap berusaha dalam melancarkan peranti baharu seperti setiap bulan akan ada peranti OnePlus baharu dan akan datang OnePlus 10 Pro akan dilancarkan di peringkat global.

Antara ciri ‘hebat’ OnePlus 10 Pro adalah sokongan pengecasan pantas SuperVOOC 80W dan pengecasan nirwayar pantas 50W. Pengecsan 80W ini boleh mengecas peranti ini dengan bateri 5000mAh daripada 1% sehingga 100% dalam masa 32 minit. Akan tetapi sokongan ini tidak ditawarkan kepada semua pengguna. OnePlus 10 Pro di Eropah, India dan Amerika Utara hanya menyokong pengecasan pantas 65W. Ciri 80W ini memerlukan negara yang menyokong palam dengan arus ulang alik 110V atau 120V.

Kuasa 65W ini sudah lama digunakan OnePlus, iaitu ketika penggunaan nama Warp masih digunakan – OnePlus Warp Charge 65. Ciri 65W ini masih disokong pada OnePlus 8T, 9 & 9 Pro, dan Nord 2 5G di mana 1% sehingga 100% adalah sekitar 39 minit. Walau bagaimanapun untuk OnePlus 10 Pro, OnePlus tidak mendedahkan apakah tempoh pengecasan penuh.

Apa kata anda dengan had pengecasan ini? Di Malaysia, palam sedia ada menyokong arus ulang alik 240V – jadi tidak akan ada masalah untuk sokongan 80W ini kerana peranti pesaing seperti Xiaomi menggunakan 120W tanpa sebarang masalah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd