BNM Tiada Perancangan Terbit Matawang Digital Bank Pusat Dalam Masa Terdekat

Diterbitkan pada Mac 30, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bank Negara Malaysia kini menyatakan mereka tidak mempunyai rancangan untuk menerbitkan Matawang Digital Bank Pusat (CBDC) dalam masa terdekat ini.

Hal ini kerana sistem pembayaran sedia ada di Malaysia masih cekap untuk menyokong keperluan ekonomi dan pembayaran digital masa-nyata.

Apa pun, pihak BNM turut mengatakan mereka akan memantau secara aktif sebarang petunjuk yang mungkin menimbulkan keperluan untuk pertimbangkan secara serius berkaitan matawang digital bank pusat ini.

Pada hari ini, pelbagai sistem menawarkan pemindahan masa-nyata, termasuk yang makin popular digunakan adalah kaedah Duitnow – yang bukan sahaja untuk pembayaran, tetapi juga untuk memudahkan pengurusan identiti, dan juga untuk meminta bayaran daripada pihak lain.

komen


© Amanz / 2022 Kami