Cari @ Amanz

Chrome OS 100 Diperkenalkan – Hadir Dengan Talam Aplikasi Sisi, Kamera GIF Dan Banyak Lagi

Link Copied!

Google telah pun melancarkan Chrome 100 iaitu pelayar web versi baharu mereka yang hadir dengan rekaan ikon baharu, lite mode yang dibuang dan amaran menutup semua tab pada peranti mudah alih seperti Android. Pada desktop, ia menawarkan ciri perlindungan tambahan untuk sekuriti kepada pengguna.

Google turut memperkenalkan Chrome OS 100 iaitu sistem operasi ‘ringan’ mereka yang menggunakan asas sama dengan pelayar web – Chromium. Ciri baharu dalam sistem operasi ini adalah talam aplikasi baharu yang kini berada di sisi seakan Windows dan bukan lagi di tengah-tengah. Aplikasi kamera juga kini membenarkan pengguna terus mencipta GIF dan suntingan tambahan.

Untuk pengguna perusahaan, Chrome OS Flex ditawarkan kepada lebih banyak peranti dan untuk pembangun laman web khusus ChromeOS.dev kini hadir dengan rekaan serba baharu. Sistem carian pada talam aplikasi Chrome OS 100 juga dikemaskini untuk memaparkan lebih banyak maklumat, dan seperti iOS akses pantas kepada aplikasi turut ditawarkan. Pengguna juga boleh mencari “screenshot” untuk melakukan tangkapan layar dengan pantas.

Jika pengguna menggunakan kawalan suara, boleh sahaja terus sebut perkataan delete untuk memadam teks yang sedang ditaip. Kemaskini ini menjadikan Chrome OS kelihatan lebih kemas dan semakin mesra pengguna.

Sebelum ini, pengguna versi pembangun Chrome OS boleh memasang Steam Alpha pada peranti terpilih untuk bermain permainan video grafik tinggi dan tidak lagi terhad kepada permua Android sahaja. Dengan perubahan ini, Google jelas lihat semakin fokus dengan sistem operasi ini dan ia mungkin ada masa hadapan yang cerah untuk terus berjaya.

Apa kata anda?

Sumber: Google Blog

Komen ()