Redmi Note 12 Mungkin Dilancarkan Sekitar Bulan April Atau Mei – Dijana MediaTek Dimensity 8000

Diterbitkan pada Apr 1, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Redmi disahkan akan hadir degan dua generasi Redmi Note pada setiap tahun. Tahun ini kita sudah lihat beberapa Redmi Note 11 dilancarkan dengan yang terkini adalah Redmi Note 11S 5G dan Redmi Note 11 Pro+ 5G.

Peniris terkenal Digital Chat Station baru-baru ini mendedahkan yang Redmi akan melancarkan Redmi Note 12 pula sekitar bulan April atau bulan Mei tahun ini. Spekulasinya adalah Redmi Note 12 akan ada variasi dengan skrin LCD dan dijana dengan cip MediaTek Dimensity 8000.

Bateri yang akan digunakan mungkin adalah 5000mAh atau 5060mAh dengan pengecasan pantas 67W yang kini menjadi standard untuk peranti-peranti kelas pertengahan premium Redmi. Pelancaran peranti untuk peringkat awal adalah untuk pasaran China terlebih dahulu (biasanya). Pelancaran global dan untuk Malaysia mungkin sedikit lewat untuk memberi laluan kepada siri Redmi Note 11 yang baru sahaja dijual.

Apa kata anda dengan strategi Xiaomi untuk siri Redmi Note mereka ini? Terus tukar setiap kali model baru keluar, atau tunggu yang baru keluar?

komen


© Amanz / 2022 Kami