Cari @ Amanz

Meng Wanzhou yang juga merupakan anak kepada pengasas syarikat Ren Zhengfei telah dilantik menjadi salah seorang pengerusi bergilir Huawei hari ini. Pelantikan beliau berlaku hanya 6 bulan selepas beliau akhirnya dibebaskan dari tahanan rumah di Kanda kerana terlibat dalam skandal penjualan teknologi kepada Iran.

Sebelum pelantikan beliau sebagai pengerusi bergilir, Meng adalah CFO kepada syarikat. Penangkapan beliau di Lapangan Terbang Vancouver, Kanada ketika dalam perjalanan ke destinasi lain atas perintah Amerika Syarikat menjadi antara titik tolak perang perdagangan ke atas China yang kini mengakibatkan Huawei dimasukkan ke dalam senarai entiti.

Beliau dibebaskan oleh Kanda pada September tahun lalu selepas kerajaan China bersetuju membebaskan dua rakyat Kanda yang telah ditahan. Kedua-dua warga Kanada ini ditahan di China beberapa jam selepas penahanan Meng Wanzhou dan dilihat sebagai Beijing memulangkan buah keras kepada Ottawa. Kepulangan Meng Wanzhou disambut hebat di Shenzhen seperti kepulangan seorang wira.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd