Google Tidak Boleh Menghalang Pembangun Menawarkan Pautan Bayaran Luar Play Store Di Korea

Diterbitkan pada Apr 6, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tahun lalu Korea Selatan memperkenalkan undang-undang yang memerlukan pemilik gedung aplikasi untuk memberikan pilihan kepada pengguna untuk melakukan pembayaran menerusi saluran alternatif di luar ekosistem mereka. Ini bermakna pembangun akan menerima sepenuhnya bayaran langganan atau pembelian aplikasi tanpa peratusan diambil oleh Google atau Apple.

Menurut laporan Wall Street Journal, Suruhanjaya Komunikasi Korea sekali lagi mengingatkan Google mereka tidak boleh menghalang pembangun menyertakan pautan dalam aplikasi untuk melakukan pembayaran di luar ekosistem Play Store. Google dilaporkan akan membuang aplikasi di Play Store yang melakukan perkara ini bermula 1 Jun ini. Ini jelas melanggar undang-undang Korea Selatan mengenai memberikan pilihan kepada pengguna di negara tersebut.

November lalu Google bersetuju membenarkan sistem pembayaran alternatif di Korea Selatan tetapi masih akan mengambil potongan di antara 6-11%. Ini menurut Google adalah bagi menampung kos memastikan gedung selamat digunakan.

komen


© Amanz / 2022 Kami