OnePlus baru sahaja memperkenalkan OnePlus 10 Pro secara rasminya di Malaysia dengan tanda harga RM4199. Kini selain daripada model “Pro”, pihak OnePlus turut dijangka memperkenalkan model OnePlus 10 dalam kuantiti terhad.
Mengikut desas-desus terbaru, OnePlus dikatakan akan hadir dengan cip MediaTek Dimensity 9000.
Buat masa ini, info penuh berkenaan telefon ini masih tidak diketahui lagi. Berkemungkinan kita akan mendengar lanjut berkenaan peranti ini bersama-sama OnePlus 10 Ultra kelak.