Cari @ Amanz

Akhir bulan lalu 9to5Google melaporkan Google sedang membangunkan ciri mengesan penjejak objek berdekatan yang mungkin mengancam privasi secara terbina dalam Android. Kini antaramuka ciri ini dalam tetapan Android dikongsi oleh Mishaal Rahman menerusi akaun Twitter beliau.

ngng

Terdapat pilihan baharu Unfamiliar device alert dalam tetapan Safety & Emergency. Apabila diaktifkan, pengguna akan menerima notifikasi sekiranya peranti bluetooth yang tidak dikenali dijejaki berhampiran mereka sepanjang masa. Ini adalah petanda penjejak objek mungkin telah digunakan oleh mengikuti pergerakan pengguna.

Sejak penjejak objek seperti Apple AirTag mula dipasarkan, sudah terdapat pelbagai laporan ia digunakan sebagai alat penguntit dan peranti yang membantu dalam rompakan kereta mewah. Apple segera mengeluarkan aplikasi penjejak AirTag untuk Android tetapi kerana ia tidak terbina menyebabkan mungkin ramai tidak menyedari mereka sudahpun menjadi mangsa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd