Cari @ Amanz

Pixel 6a adalah telefon pintar terbaru daripada Google yang dijangka akan dilancarkan pada bulan Mei akan datang. Peranti ini dikatakan akan menggunakan cip pemprosesan sama dengan peranti mercu mereka Pixel 6 dan Pixel 6 Pro iaitu .Google Tensor. Google jelas cuba mengikut strategi Apple dengan iPhone SE mereka, iaitu cip peranti mercu dalam peranti kelas pertengahan.

Walaupun begitu, memori dan storan masih tidak diketahui lagi. Besar kemungkinan adalah 6GB RAM. Dalam senarai Geekbench, Pixel 6a dilihat mempunyai skor lebih tinggi daripada Pixel 6. Skor yang diperoleh adalah 1050/2833 berbanding Pixel 6 yang menerima 1044/2758. Terdapat perbezaan sekitar 2%, yang mana tidak pasti sama adakah ini kerana perisian? Kerana memori Pixel 6a adalah 6GB RAM dan spesifikasi cip Google Tensor kekal sama.

Walaupun tidak banyak bezanya, Pixel 6a masih mendahului peranti mercu Google – menjadikan persoalan mana satukah yang berbaloi dimiliki?

Spesifikasi lain yang kita tahu setakat ini adalah, sensor kamera akan kekal dengan 12.2MP Sony IMX363 yang sama digunakan pada Pixel 3 sehingga Pixel 5a. Sensor sudut ultra lebar pula adalah 12MP Sony IMX386 dan untuk swafoto 8MP daripada sensor Sony IMX355. Skrin peranti pula adalah 6.2-inci panel OLED dan Google akan membuang port bicu audio 3.5mm pada siri A mereka kali ini.

Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut, Pixel 6a ini mungkin akan dilancarkan pada acara Google I/O 2022 berserta dengan Pixel Watch.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd