Elon Musk Memadam Sejumlah Tweet “Cadangan” Kepada Twitter

Diterbitkan pada Apr 12, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Elon Musk kini dilihat telah memadam beberapa Tweet berbentuk “cadangan” beliau kepada Twitter, yang telah diciap sejak penghujung minggu lepas.

Antara yang dipadam adalah termasuk yang mencadangkan pelanggan Twitter Blue perlu menerima tanda pengesahan pada akaun, selain Tweet yang meminta ibu pejabat Twitter diubah menjadi tempat persinggahan gelandangan.

Elon Musk dilihat memadam Tweet berkenaan, selepas beliau menolak posisi ahli lembaga pada Twitter – membawa kepada spekulasi beliau mungkin mendapatkan lebih banyak pegangan pada Twitter, dan mengambil alih syarikat berkenaan.

CEO Twitter sendiri semalam berkongsi yang mana Twitter mungkin menghadapi cabaran dan “gangguan” dari segi operasi syarikat tersebut.

komen


© Amanz / 2022 Kami