Cari @ Amanz

Desas desus mengenai Xiaomi 12 Lite sudah kedengaran sejak awal tahun lalu. Bermula daripada rekaannya yang tertiris menerusi beberapa imej pengolokan. Kemudian diikuti dengan beberapa butiran mengenai spesifikasi. Ia juga dijangka menjadi penerus siri Xiaomi 12 yang berkuasa tetapi dijual pada harga berpatutan.

Dalam perkembangan terkini, desas desus mengenai spesifikasi peranti dilaporkan sekali lagi tertiris menerusi ciapan di Twitter. Ia menunjukkan peranti hadir dengan skrin AMOLED sebesar 6.55 inci FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Seterusnya, ia juga bakal menggunakan cip Snapdragon 778G dengan memori mencapai 8GB RAM dan storan dalaman mencapai 256GB. Ini adalah berbeza dengan dakwaan sebelum ini yang mengatakan peranti hadir dengan Snapdragon 778G+.

Kamera pula terdiri dengan 64-Megapixel (OIS) + 8-Megapixel + 5-Megapixel, sementara itu kamera hadapan pula sebesar 16MP. Bateri sebesar 4,5000mAh turut bakal digunakan dengan sokongan pengecasan pantas 67W. Lain lain spesifikasi termasuklah pengimbas cap jari terbina pada skrin, pembesar suara dengan sistem Audio Hi-Res dan menjalankan MIUI 13 berasaskan Android 12.

Setakat artikel ini ditulis, tiada sebarang perkongsian mengenai tarikh pelancaran khusus. Malahan, pihak Xiaomi sendiri masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd