Siri Bespoke dilancarkan oleh Samsung bagi menawarkan produk yang lebih premium. Setakat ini peti sejuk dan mesin penyedut hampagas telah ditawarkan kepada pengguna di Malaysia. Hari ini giliiran Samsung Bespoke Cube Air Purifier pula dilancarkan di Malaysia pada harga RM3399 sebuah.

Penapis udara premium ini hadir dengan ciri membasmi sehingga 99.9% bakteria di udara menggunakan teknologi sinar ultra ungu. Selain itu ia turut menapis partikel di udara dengan saiz PM10/2.5/1.0 serta boleh mengesan kewujudan ammonia dan benzin.
Turut disertakan ialah teknologi Wind-Free yang sebelum ini digunakan pada pendingin hawa keluaran mereka. Menerusinya hembusan udara tidak dapat dirasai tetapi penapisan masih dilakukan tanpa disedari pemilik.
Sempena pelancaran Samsung Bespoke Cube Air Purifier di Malaysia, ia ditawarkan pada harga promosi RM3199 dengan pelanggan menerima kredit dompet digital RM100. Tempoh tawaran akan tamat pada 5 Jun 2022.