Carian
Pixel Watch Mungkin Akan Menjalankan Wear OS 3.1
April 18, 2022 Fahim Zahar

Pixel Watch adalah jam tangan pintar Wear OS yang kita sudang kedengaran sejak beberapa tahun lalu. Namun kewujudan jam ini masih belum kelihatan. Jam ini dikatakan akan dilancarkan di acara Google I/O 2022 akan datang, dijana cip Exynos dan akan menyertakan Google Assistant generasi baharu.

Jam ini juga dijangka akan hadir dengan beberapa ciri Fitbit, memandangkan Fitibit sudah pun dimiliki Google dan mempunyai reputasi baik dalam penjejakan dan pemantauan kesihatan.

[ixel

Informasi terkini daripada Evan Blass, iaitu peniris terkenal adalah – Pixel Watch atau jam tangan pintar dengan kod nama Pixel Rohan ini akan menjalankan Wear OS 3.1. Wear OS terkini adalah versi 3.0 yang digunakan oleh Samsung Galaxy Watch4 secara eksklusif.

Namun sumber lain mencadangkan, Google mungkin akan menggunakan Wear OS lebih terkini berbanding yang tertiris ini. Turut tidak pasti, adakah Wear OS 3.0, 3.1, 3.2 atau yang lain untuk jam-jam tangan pintar yang telah dijanjikan akan menerima kemaskini ini.

Ada kemungkinan juga, versi Wear OS baharu ini jika diberikan kepada Samsung – akhirnya Google Assistant akan disokong? Sama-sama kita nantikan.

Komen