Cari @ Amanz

Xiaomi 12 adalah siri peranti mercu daripada Xiaomi untuk tahun ini. Ia dijana dengan cip berkuasa untuk peranti Android setakat ini dengan binaan 4nm, iaitu Snapdragon 8 Gen 1. Peranti ini menawarkan rekaan yang menarik, skrin yang cantik, prestasi yang mantap, kamera yang agak hebat pada harga lebih mampu milik berbanding pesaing seperti Samsung dan Apple.

Seperti biasa, Xiaomi tidak akan berhenti dengan dua model peranti sahaja. Menurut Xiaomiui, mereka telah menemui bukti kewujudan peranti Xiaomi 12S dengan nombor model 2206123SC (kod nama diting) dan Xiaomi 12S Pro dengan nombor model 206122SC (kod nama unicorn). Kod nama unicorn sebelum ini dijangka adalah untuk Xiaomi 12 Ultra, namun dalam penemuan terkini ia ternyata bukan.

Xiaomi 12 Pro

Kedua-dua peranti ini juga dilihat dijana dengan cip pemprosesan SM8475 iaitu Snapdragon 8 Gen 1+ yang dibina oleh TSMC, berbanding Snapdragon 8 Gen 1 yang dibina oleh Samsung. Tiada butiran mengenai peranti ini lagi seperti skrin, bateri, kamera dan lain-lain. Tetapi siri Xiaomi 12S ini dikatakan mungkin akan dilancarkan pada musim panas akan datang, iaitu bulan Jun dan ke atas.

Sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd