Cari @ Amanz

Siri Xiaomi 11T Menerima Potongan Harga – Kini Bermula RM1499

Link Copied!

Siri Xiaomi 11T adalah dua peranti yang cukup hebat yang pernah Xiaomi tawarkan pada tahun lepas. Xiaomi 11T adalah peranti mercu asas dengan cip Dimensity 1200, manakala Xiaomi 11T Pro adalah peranti mercu mampu milik dengan cip Snapdragon 888. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan di bawah;

Xiaomi 11T Pro ketika dilancarkan dijual pada harga RM2099 untuk 8/256 GB dan RM2299 untuk 12/256 GB. Kini Xiaomi Malaysia telah menurunkan harga peranti menjadi RM1999 untuk 8/256 GB dan RM2199 untuk 12/256 GB.

Peranti ini menawarkan kamera 108MP sudut lebar ditemani dengan sensor telemakro 2x dan sensor sudut ultra lebar 120°. Skrin pula adalah 6.67’’ FHD+ 120Hz AMOLED dijana Snapdragon 888 dan antara terawal menyokong pengecasan 120W HyperCharge.

Xiaomi 11T pula dijual pada harga RM1,699 dan RM1,899 untuk variasi 8GB RAM dengan pilihan storan 128GB atau 256GB. Untuk promosi, Xiaomi menawarkan harga RM1,499 dan RM1,699.

Sama seperti yang Pro, ciri utama adalah kamera 108MP, juga dengan sensor sudut ultra lebar 120° dan sensor telemakro 2x. Skrin peranti juga sebenarnya sama, 6.67-inci, 120Hz AMOLED, cuma ia terhad dengan HDR10 berbanding Pro dengan Dolby Vision. Ia dijana dengan cip MediaTek Dimensity 1200-Ultra dan bateri 5000mAh bersama pengecasan pantas 67W.

Jika anda berminat, ini adalah peranti terbaik pada harga bajet untuk dijadikan telefon Raya.


Komen ()