Poco bakal memperkenalkan beberapa produk baharu mereka pada minggu hadapan, termasuk telefon pintar dan jam tangan pintar. Selain itu, Poco turut dilihat akan bekerjasama dengan permainan Genshin Impact, dan memperkenalkan sebuah produk eksklusif.
Pihak Poco tidak menyatakan apakah produk berkenaan buat masa ini. Tetapi, mengikut spekulasi, ia dijangka berbentuk sebuah fon telinga nirwayar bertemakan permainan popular berkenaan.

Dengan fokus terhadap permainan video, ia mungkin menawarkan masa pendam yang lebih rendah, dan dioptimasikan untuk permainan dan multimedia.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 26 April ini untuk melihat kejutan yang disediakan oleh Poco.