Sekiranya semua berjalan lancar, manusia akan kembali ke permukaan bulan pada tahun 2025 menerusi Misi Artemis oleh NASA. Selain kembali ke bulan, pembinaan sebuah penempatan kekal juga akan dilakukan untuk angkasawan melakukan pengembaraan di permukaan bulan. Bagi mengelakkan insiden angkasawan sesat semasa mengembara, Kinematic Navigation and Cartography Knapsack (KNaCK) telah dibangunkan.

KNacK ialah sebuah beg galas dengan sistem LiDAR dan laser. Dengan tiada sistem GPS di permukaan bulan KNaCK melakukan pemetaan topografi secara masa nyata dengan ketepatan di tahap milimeter. Data akan disimpan dan angkasawan boleh menjejak semula pergerakan mereka sekiranya sesat.

Dengan matahari hanya naik sekitar 3% dari ufuk bulan, ia sentiasa dalam kegelapan. Dengan KNaCK tiada sistem lampu perlu diaktifkan setiap masa untuk navigasi kerana LiDAR boleh berfungsi dalam kegelapan. Saintis NASA telahpun melakukan ujian KNaCK di bumi sejak tahun lalu dengan pelan seterusnya ialah mengecilkan lagi kelengkapan yang pada waktu ini seberat 18 kilogram.

NASA menggunakan beg galas khas tetapi Agensi Angkasa Eropah (ESA) telah mengesakan mereka ingin membangunkan sistem GPS khusus untuk bulan tahun lalu.