Cip Pesaing M1 Dari Qualcomm Akan Tiba Ke PC Menjelang 2023

Diterbitkan pada Mei 2, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Cip Apple M1 ialah yang pertama di bawah keluarga Apple Silicon. Bermula dengan cip ini Apple kemudiannya menawarkan pula M1 Pro, M1 Max dan M1 Ultra dengan prestasi lebih tinggi. Kelebihan cip dalam keluarga M1 setakat ini ialah ia mampu menawarkan prestasi yang tinggi dengan penggunaan kuasa yang lebih rendah berbanding cip lain di pasaran.

Pengeluar cip lain seperti Qualcomm ingin memberikan persaingan kepada Apple dalam masa terdekat. Dalam temubual bersama Tom’s Hardware, CEO Qualcomm Christian Amon mengatakan syarikat kini di landasan yang betul untuk menawarkan cip pesaing kepada siri M1 pada penghujung 2023 untuk PC.

Cip akan mengutamakan prestasi tetapi masih lagi menjimatkan penggunaan bateri. Ia juga akan direka oleh Nuvia, yang turut bertanggungjawab membangunkan cip M1. Nuvia telah diambil alih oleh Qualcomm pada tahun 2021 dengan syarikat ini mempunyai beberapa bekas pekerja Apple.

Sejauh manakah prestasi cip dari Qualcomm ini akan dapat menandingi M1 masih belum diketahui kerana 2023 masih jauh di hadapan. Apabila dilancarkan kelak, Apple pastinya telah melancarkan cip Apple M3 yang baru-baru ini dilaporkan sedang dibangunkan oleh Apple.

komen


© Amanz / 2022 Kami