Menteri : Rundingan Pelaksanaan 5G Oleh Syarikat Telekomunikasi Dan DNB Masih Berjalan

Diterbitkan pada Mei 5, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Lanjutan daripada laporan beberapa hari lepas, kini Menteri Komunikasi dan Multimedia, TS Annuar Musa hadir memberikan penjelasan. Menurut beliau, laporan berkaitan hanya dua syarikat telekomunikasi bersetuju untuk ekuiti adalah tidak tepat.

Buat masa ini, rundingan masih sedang dijalankan antara syarikat telekomunikasi bersama Digital Nasional Berhad untuk pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia.

Seperti dinyatakan sebelum ini, tarikh tutup tawaran berkaitan DNB adalah sekitar 30 Jun 2022 kelak.

Buat masa ini, semua syarikat juga masih dalam proses rundingan untuk harga dan juga ekuiti pada DNB.

Apa pun, untuk pelaksanaan perkhidmatan 5G, hanya Telekom Malaysia dan YTL telah memeterai perjanjian, sementara yang lain masih pada proses perbincangan. YTL sendiri melalui Yes telah mula menawarkan khidmat 5G kepada pengguna umum – sementara TM dijangka memperkenalkan perkhidmatan mereka tidak lama lagi.

komen


© Amanz / 2022 Kami