PerantiSiswa : Jenama Tablet Akan Diumumkan Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Mei 9, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Peranti Siswa merupakan inisiatif kerajaan dalam menyediakan tablet kepada para pelajar dalam membantu mereka mengikuti pembelajaran pada era digital kini. Pendaftaran untuknya dibuka sehingga 15 Mei 2022 ini.

Bercakap mengenainya, Menteri Komunikasi dan Multimedia kini mengatakan kumpulan pertama pelajar dijangka akan menerima tablet dibawah program PerantiSiswa ini pada minggu kedua Jun.

Walaubagaimanapun, ia masih bergantung kepada proses penghantaran oleh pembida yang dipilih.

Jenama tablet dan juga pembekal untuk tablet ini turut dijangka diumumkan pada minggu hadapan. Menteri turut memberikan jaminan yang mana tablet berkenaan adalah daripada jenama terkenal dalam pasaran, dan bukan berkualiti rendah.

Dibawah program ini, seramai 350,000 pelajar dijangka menerima tablet, yang hadir dengan sekurangnya skrin bersaiz 10-inci, selain dilengkapi stylus dan juga papan kekunci. PeratiSiswa dibuka kepada mereka daripada golongan B40, dan sedang ikuti pengajian di peringkat diploma, diploma lanjutan dan ijazah sarjana muda. Tablet ini ditawarkan dalam bentuk pinjaman, dan perlu dipulangkan selepas tamat pengajian.

komen


© Amanz / 2022 Kami