Pemilik Tinder Menyaman Google Kerana Paksaan Menggunakan Sistem Pembayaran Play Store

Diterbitkan pada Mei 10, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kini giliran Google pula disaman kerana amalan memaksa pembangun aplikasi untuk menggunakan sistem pembayaran Play Store untuk pelanggan yang menggunakan peranti Android. Match Group yang merupakan pemilik aplikasi mencari pasangan Tinder dan OKCupid mendakwa Google melanggar beberapa undang-undang negeri serta persekutuan kerana paksaan ini.

Pada awal tahun ini Google membenarkan pembangun seperti Spotify memberikan pilihan bayaran di luar sistem Play Store tetapi Match Group berkata mereka tidak diberikan kebebasan yang sama. Oleh sebab itulah saman difailkan sebagai langkah akhir bagi mendapatkan keadilan.

Google dan Apple telah disaman di Belanda, Jepun dan Korea Selatan kerana amalan memaksa penggunaan sistem pembayaran mereka yang mengambil potongan sehingga 30%. Kesatuan Eropah sudah memulakan langkah menguatkuasakan Digital Markets Act (DMA) yang akan menghalang syarikat teknologi dari meneruskan amalan yang dilihat merugikan pengguna. Google dan Apple pula bekata potongan diambil untuk menguruskan stor serta memastikan keselamatan pengguna sentiasa terjaga dari aplikasi berbahaya.

komen


© Amanz / 2022 Kami